Dosa adalah satu kata
yang biasanya digunakan dalam konteks keagamaan untuk menjelaskan
perbuatan-perbuatan yang melanggar hukum agama, atau yang bertentangan dengan
prinsip-prinsip moral.
Dosa sering
digunakanuntuk mengacu kepada perilaku yangdianggap salah atau dilarang dalam
agama, terutama dalam Islam dan Kristen. Dalam agama monoteistik, cara perilaku
sehari-hari diatur oleh Tuhan.
Derhaka Terhadap Ibu
Bapak
Menurut Al Qurthubi,
derhaka kepada kedua ibu bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana
bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika
keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya,
jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk
jenis mubah (harus), begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat). Jika
melanggar perintah kedua ibu bapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci
keduanya terutama ketika mereka berdua telah tua dan memerlukan bantuan dan
pembelaan.
Dalam sebuah hadis
dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang
lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku
datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan
hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam
keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka.
Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Jadi perintah ibu atau
bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib
mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama,
maka tolaklah dengan cara yang baik.
Di dalam Islam orang
yang derhaka dan membenci kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori
dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu
dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu
mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak
mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23)
Orang yang tidak
menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.dan hidupnya di dunia ini
tidak akan ada keberkatan kerana reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua
ibu bapa kepada anaknya.
Dalam hadis yang lain
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira
(memberi keredan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan
hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )
Anak derhaka tidak akan
mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.
Nabi SAW memberi wasiat
kepada Sayyidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu
syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil
(kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang
suka mengadu domba (mengasut)."
Nabi SAW bersabda, “Aku
beritahukan kepadamu tiga macam dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan
sekutu bagi Allah SWT, tidak patuh kepada kedua orangtuamu, dan memberikan
kesaksian palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga Bermanfaat !